nuffnag

Monday, November 29, 2010

Ganjaran Istimewa Dari Amal Kebaikan

November 24th, 2010 0 Comments Posted in Akidah Tauhid Iman
Nabi s.a.w bersabda: “Tidak ada satu hari yang terbit mataharinya melainkan ada di kiri kanan matahari itu: dua Malaikat yang menyerukan seruan yang didengari oleh semua makhluk Allah selain dari manusia dan jin, katanya: “Wahai sekalian manusia! Marilah kamu semua berusaha mengerjakan amal bakti kepada Tuhan kamu, kerana sesungguhnya pendapatan-pendapatan yang sedikit serta mencukupi keperluan hidup di dunia adalah lebih baik daripada pendapatan-pendapatan yang banyak serta melalaikan bekalan akhirat; More »

Sifat Malu Mendatangkan Kebaikan

November 24th, 2010 0 Comments Posted in Akidah Akhlak
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sifat malu itu akan menghasilkan kebaikan.”More »

Hanya Yang Suci

November 24th, 2010 0 Comments Posted in Akidah Akhlak
Dari Ibnu ‘Umar r.a., katanya: “Kudengar Rasulullah s.a.w. bersabda katanya: “Tidak diterima sembahyang tanpa bersuci, begitu pula derma yang didapat dari korupsi (pecah amanah).”More »

Menjadi Tanggungan

November 24th, 2010 0 Comments Posted in Akidah Akhlak
Dari Abu Hurairah r.a, dari nabi SAW sabdanya yang bermaksud: “Orang-orang yang berusaha mencari nafkah untuk perempuan-perempuan yang tidak (belum) bersuami dan untuk orang-orang miskin, sama dengan orang-orang yang berjuang fi sabilillah.” More »

Penghuni Syurga Ialah Sebaik-baik Muslim

November 21st, 2010 0 Comments Posted in Akidah Tauhid Iman
Dari Abdullah, katanya: “Bersabda Rasulullah s.a.w. kepada kami: “Tidakkah kamu gembira bahawa seperempat dari penghuni syurga itu dari kamu?” Kata Abdullah kami pun segera mohon ditambah. Kemudian berkata pula beliau: “Tidakkah kamu gembira bahawa sepertiga penghuni syurga itu dari kamu?” kata Abdullah, kami pun mohon diperbanyakkan lagi. Akhirnya Rasulullah s.a.w. berkata: “Sesungguhnya saya mengharap bahawa seperdua) dari penghuni syurga itu dari kamu. More »

Kelebihan Mukmin Dan Kekurangan Kafir

November 21st, 2010 0 Comments Posted in Akidah Akhlak
Dari Anas bin Malik r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya apabila orang-orang kafir mengerjakan kebajikan di dunia dia diberi upah dengan amalnya itu berupa rezeki di dunia. Sedangkan orang-orang mukmin, pahala kebajikannya disimpan Allah Taala untuknya di akhirat kelak serta diberinya rezeki di dunia berhubung dengan taatnya.” More »

Roh Harum Dan Ruh Busuk

November 21st, 2010 0 Comments Posted in Akidah Akhlak
Dari Abu Hurairah r.a katanya: “Apabila roh orang-orang mukmin keluar dari tubuhnya dua orang malaikat menyambutnya dan menaikkannya ke langit.” Kata Hammad : “Kerana baunya harum seperti kasturi.” Kata penduduk langit “Roh yang baik datang dari bumi. Sallallahu ‘alaika (semoga Allah melimpahkan kebahagiaan kepadamu) dan kepada tubuh tempat engkau bersemayam.” Lalu roh itu dibawa ke hadapan Tuhannya Azza wa Jalla. Kemudian Allah berfirman: More »

Kebersihan Dan Kesucian Dalam Islam

November 21st, 2010 0 Comments Posted in Akidah Akhlak
Dari Aisyah r.ahn, katanya: Rasul s.a.w bersabda: “Sepuluh perkara dari (peraturan-peraturan kebersihan) yang dituntut oleh agama, iaitu: menggunting misai, membiarkan janggut (tumbuh panjang serta mengemaskannya), bersugi (membersihkan gigi), menyedut air-membersihkan hidung, memotong kuku, membasuh buku-buku jari, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, dan beristinjak”. Kata Mas`ab (salah seorang rawi hadis ini): “Dan aku lupa akan perkara yang kesepuluh, aku fikir perkara itu tidak lain dari berkumur-kumur..” More »

Sifat Manusia

November 21st, 2010 0 Comments Posted in Akidah Akhlak
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sekiranya anak Adam memiliki satu lembah daripada harta, nescaya ia mahu yang kedua dan sekiranya ia mempunyai dua lembah nescaya ia mahu yang ketiga. Tidak akan memenuhi perut anak Adam melainkan tanah dan Allah sentiasa menerima taubat orang yang bertaubat”. More »

Penghormatan Kepada Masjid

November 21st, 2010 0 Comments Posted in Ibadah Solat
Dari Abi Qatadah as-Salmi r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seseorang daripada kamu masuk ke masjid, hendaklah ia mengerjakan sembahyang (tahyatul masjid) dua rakaat sebelum ia duduk.” More »

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...